Friday, 21 February 2014

SK1..



Sepanjang  pembelajaran  di ukm , kami ditempatkan dan dipecahkan kepada beberapa kelas tutor, SK1.
kelas kami hanya terdiri dari 13 orang ( 6 perempuan dan 7 lelaki).. Teman dan kawan kawan teman mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan oleh pihak universiti kepada kami, seperti matematik diskret, statistik,  pengaturcaraan  komputer dan komputer organisasi..

sedih jugak laa.. Dah rapat tapi salah seorang dripada sahabat teman (Nora) terpaksa menghentikan pengajian . ( dapat SPA la katakan)..

dan untuk pengetahuan umum matematik diskret dan statistik ni bukanlah salah satu subjek yang normal ~__~.. Mana taknya dalam matematik pon ada coding.. so im totally 25 hours have to deal with coding..
masuk cerita subjek organisasi komputer pulak, lebih kurang sama dengan pengaturcaraan komputer jugak.. Terpaksa deal lagi dengan coding ~_~" ... Tapi apa apa pun masa lab paling terasa diuji. kami terpaksa menyiapkan task yang diberi masa lab sahaja. Dan kebanyakan  soalan lab memang diambil dari sukatan yang tersedia untuk kami .. Dan kawan baik kami (mr google) amat bnyak membantu .. Begitu juga dengan guru penasihat kami iatu Puan Shahrina Shahrani yang sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan..

Apa apa pun kami telah berjaya menghabiskan semester satu tahun satu dengan jayanya .. Walaupun keptusan kami tidaklah setingi 4 flt. :'( ... Tapi alhamdulillah..

so sampai di sini dahulu cerita yang dapat teman kongsikan .. bye Assalamualaikum.. 

Saturday, 15 February 2014

New Adventure ^__^ ..


Adventure la sangat kan.. 
Tapi tu la yang nak teman sampaikan ~ perjalanan yang penuh dengan cabran ..
Hmm , nak dimulakan cerita.. Kisah ni bermula masa mingu pembelajaran. Kami as a student  diwajibkan menyertai kelab n persatuan yang ada dekat fakulti ataupun dekat kolej untuk kumpul HC.. Setelah penat lelah selama seminggu merenung nasib , persatuan ataupun kelab apakah ??
( ayat kena la emo sikit kan ) ..
 Ok back to the story.. Teman tertarik dengan satu unit beruniform dekat sini. Kome kome mesti dah buleh agak kan , persatuan apa yang teman pilih.. 
( Ala persatuan ayu ayu gitu , yang make up 25 jam gitu ).. Haaa nak klimaks dah fokus fokus. ^__^ hahaha.. Dengan penuh semangat teman pilih PALAPES.. ( warna merah sering dikaitkan dengan penyesalan yang tiada henti ).. Jangan salah itu hanyalah pendapat pada kali pertama melibatkan diri dengan aktiviti PALAPES .. Tapi lepas dah biasa , semua tu dah rasa macam rutin harian. Kami kebiasaan akan berkumpul jam 5:30 pagi dekat bus stop kolej masing masing,  dan akan diambil menaiki trak 3tan ke KOMPLEKS KESATRIA UKM. Selesai menyayi lagu Negaraku  dan lagu PALAPES kami dikenhendaki melakukan pt (physical training).. ( Ni baru betul betul calon untuk mengantikan The Rock dalam wwe).. siyess talk kami kena buat lompat bintang sebanyak 100 dalam 3 kiraan satu, sit up sebnyak 100 dalam 3 kiraan satu , dan skuad jump pon dengan kiraan yg sama banyak . Tu tak termasuk lari lagi .


Tapi teman menyesal kalau tak join PALAPES. kami selalu buat aktiviti yang tak akan kelab atau persatuan lain buat .. Pada cuti pertengahan semester kami ke pulada bagi menjalani latihan menembak .. (gerun la jugak takut telinga pekak sebelah ) .. kemudian kami pergi ke bukit Broga.. Masa cuti semester pulak kami mengikuti kem tahunan di pahang , berhampiran lata lembik..


 
Hmm ni kami masa dekat puncak buukit broga ^__^. #psst psst muka peluh yang tengah dicntrol.

pabila geng semut merah mendaki..



time ni x dop nya nak gayat.. pokus tngkap gambo jahh.. 



yg belakang tu tungu masa jahh nak balik #hahaha penat la katakan..
yang gambo mcm zombie patah pingng tu amskuad kami.. Hafiz..
yg niyh otw nak ke majlis persaraan NC.


Haaa yang tu laa yang teman join masa sem 1.. yang ni tak dop kena mengena dengan pelajran pon.. Just aktiviti kokorikulum ..





























ok laa sampai di sini dulu ea.. chaww cincau assalamualaikum. Embun membasah di kala senja, sayu nan hati melihat sang suria, terkata terkutuk bukanlah sengaja , jangan ambil hati n jumpa lagi ya !!!

Wednesday, 18 September 2013

First Time..




Dalam hidup memang banyak ayat  First Time... Banyak beno first time dalam hidup teman..
Moh la dengo apa yang first time tu ...



First Time Kuliah
Ok first time ke kuliah kan.. Memang la nak pergi dengan penuh karisma (ececeyy ayat )
Nak dijadikan cerita pada pagi yang nirmala itu  (tengok la teman susun ayat.. Buleh dapat anugerah tak.) . Jam loceng tak bunyi lagi teman dah siap bangun.. Nak jadi pelajar contoh la kan.. Semangat mestilah tinggi.. Siap minum pagi maka bermulalah hari teman sebagai pelajar baru di sebuah IPT. Allhamdulillah fakulti dengan kolej yang teman duduk tu idok la jauh beno .. Tapi pagi tu saja teman nak rasa naik bas.. Ambil angin la kunun.. Beratur punya beratur naik la satu bas.. Jam menunjukkan pukol 8:30 a.m.. Awal lagi la tu kelas teman start pukol 9:00 a.m.. 

  Naik la teman ke atas sebuah bas tu.. dari satu fakulti ke satu fakulti.. kawan kawan yang tadinya ramai macam bala tentera turun ke fakulti masing masing.. Tingal teman dgn 2 orang lagi je .. Tak sampai seminit hamba Allah yang dua orang tadi pun turun ke fakulti masing masing.. Tinggal teman jea mcm penunggu bas niyh ( penunggu bas di pawagam berhampiran.. Ala ala cerita penunggu istana gituu ).  Mata teman asyik merati jam , 8:45 jadi 8:50 a.m.. Tingal lagi 10 minit teman nak ke kuliah.. Pusing sana pusing sini bas tu pun pegi ke tempat yg teman tuju ... 
  
  Apa lagi teman bangun dengan gagah dan perkasa nak tekan loceng bas tu.. Tekan punya tekan bunyi tak jugak keluar keluar.. (Niyh part paling best mengkeme semua hayati la kisah hamba..). Jam tunjuk pkol 8:57.. Ok take note kuliah nak start lagi 3 minit.. Tunggu lari teman buat marathon dari tempat duduk belakang ke tempat pemandu bas.. (fakulti jauh tertingal di belakang..) . " Pakcik saya nak turun dekat fakulti tu".. Dengan muka penuh simpati pakcik tu cakap " adik tunggu naik bas seterusnya ya".. Memang jawapan tu yang teman nak dengo pon.. Take note kuliah teman dah start..

   Dengan rasa peluh yang melimpah ruah sebab takut masuk kuliah lambat.. Teman ambil keputusan untuk jalan kaki jea .. Tak sampai 10 minit teman pon sampai ke fakulti dari kolej teman tu..  Dah sampai cari dewan kuliah pulak..  Masa cari dewan kuliah tu.. Habis semua tempat teman buat lawatan tidak rasmi.. Sampai teman masuk satu tempat tu sampai jalan mati la.. Patah balik.. Teman tanya siapa je yang teman nampak.. And Allah nak tolong, teman jumpa senior niyh. Tanya laa kan (bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan) ..

   Maka jumpa la tempat kuliah tu.. Take note kali ke-3 , dah lewat 10 minit..
Natijahnya and segala deduksinya dapatlah disimpulkan bahawa berjalanlah kamu  dari naik bas. Itu je la yang dapat teman sampaikan natijah naik bas..  ~~ ayat tak leh pakai~~

So berjalanlah 1000 langkah sehari.. Selain dapat mengurangkan risiko penyakit ia juga dapat mencegah risiko anda lewat ke kuliahh.. sekian ^_^ v